3 Sebab Kenapa Perlu Pakai Perfumes

3 Sebab Kenapa Perlu Pakai Perfumes

  • Rull Life
  • 3 years ago
1590602182IMG_20200527_231137~2.jpg

 

Tahukah anda bahawa penggunaan minyak wangi ini adalah satu cara penggayaan diri yang tidak boleh dilihat oleh orang lain tetapi memberi kesan yang besar kepada kita? Apabila minyak wangi disembur pada anda, ia akan menghilang tetapi tetap wujud dengan memberikan bau-bauan yang wangi dan meningkatkan keyakinan anda untuk berdepan dengan orang ramai.
Memiliki badan yang wangi akan menyebabkan orang berasa selesa untuk berada di sekeliling anda berbanding memiliki badan yang berbau busuk atau masam. Lupa ataupun tidak menggunakan minyak wangi memudahkan badan anda untuk mengeluarkan bau yang kurang enak dan mendatangkan rasa tidak selesa kepada orang yang berdekatan dengan anda.
Maka, atas sebab itu, kami ingin berkongsi dengan anda 3 sebab kenapa anda perlu pakai minyak wangi ataupun perfume.

1. Menjadikan anda lebih menarik

Dalam satu kajian yang dilakukan di Eropah mendapati bahawa lelaki lebih tertarik kepada wanita berdasarkan paras rupa manakala, wanita tertarik kepada lelaki disebabkan bau badan. Wanita sememangnya memiliki deria menghidu yang lebih baik berbanding lelaki. Atas sebab inilah, apabila anda menggunakan minyak wangi, ia adalah satu bonus untuk menarik perhatian wanita selain memiliki wajah yang kacak.

2. Memberi kesan emosi

Bau lebih memberi kesan emosi kepada seseorang. Penulis pernah melihat seorang kawan yang membawa baju anaknya semasa kursus kerana bau badan anaknya yang melekat pada baju itu boleh membantu mengurangkan rasa rindu kepada anaknya. Sweet kan? Dalam hal ini, apabila anda memakai minyak wangi yang sama sepanjang masa, orang akan mudah untuk mengingati anda apabila mereka terbau minyak wangi yang sama dengan yang anda pakai.

3. Menambah nilai kualiti diri

Elakkan membeli minyak wangi yang tidak sesuai dengan badan anda. Ini akan menghasilkan bau yang kurang enak jika ia tidak sesuai. Selain daripada itu, ia juga menunjukkan bahawa anda adalah lelaki yang tidak pandai dalam hal penjagaan diri kerana memilih minyak wangi yang salah. Dengan memilih minyak wangi yang betul, ia boleh meningkatkan keyakinan diri di samping membuktikan bahawa anda pakar dalam hal penjagaan diri.
Semoga dengan 3 sebab kenapa anda perlu pakai minyak wangi ataupun perfume. akan menggalakkan anda untuk memakai minyak wangi selepas ini. Tak rugi pun jika berwangi-wangian kerana anda buat orang selesa ketika bersama dengan anda. Cuma jangan pakai berlebihan, sakit hidung orang lain nanti.
 
sumber mensive.com

Random Testimonial

Image

salam..brg dah selamat sampai..bau mmg tak lari..esok nak test ketahanan..klo ngam nak amik lg sebotol

Halim Petaling jaya
View more testimonial..

My Fan Page